Berikut merupakan antara senarai serangga perosak yang utama di ladang cili dan kaedah pengawalan yang boleh dipraktikkan
THRIP
SIMPTOM DAN KEROSAKAN |
KAWALAN DAN PENCEGAHAN |
Telur diletakkan dipermukaan bawah daun atau di
jaringan tanaman. Nimfa dan imago menggaruk & mengisap cairan daun. Serangga
aktif pada senja dan malam hari. Bahagian bawah daun berwarna
perak, keriput, mengeriting, dan melengkung ke atas. Menyerang tanaman
cili sepanjang tahun terutama pada musim kemarau. Thrip hitam lebih sukar untuk dibunuh. Gunakan dos
racun yang bersesuaian dengan kadar kerosakan dan tahap serangan serangga. |
1. Penggunaan perangkap
likat warna biru atau putih. 2. Penggunaan racun yang
mempunyai bahan aktif Imidacloprid seperti Fusilier dan Solomon 3. Racun lain seperti Decis, Endure dan Actifos 18.3 juga boleh
digunakan cuma ianya mempunyai kelas racun yang agak tinggi. 4.
Campurkan jenis racun yang lain untuk tindak balas dan
kawalan yang lebih berkesan. Contohnya, Abamectin. *semburkan racun dengan menghalakan nozel ke atas
dan ke bawah daun secara menyeluruh. Jika gunakan cara fogging biarkan asap
melalui setiap laluan pokok cili. |
SIMPTOM DAN KEROSAKAN |
KAWALAN DAN PENCEGAHAN |
.Ulat duduk di dalam bahagian daun dan makan
tisu daun. Kesannya daun terdapat jalur putih di atas permukaannya. |
1. Pasang pelekat warna
kuning di tepi batas atau di kebun. 2. Gunakan racun serangga
dan semburkan Abamectin atau Deltamethrin. |
ULAT RATUS
SIMPTOM
DAN KEROSAKAN |
KAWALAN DAN PENCEGAHAN |
Daun berlubang. Terdapat
sisa najis berwarna hijau gelap pada daun. Telur ulat ratus berwarna coklat. |
1. Sekiranya serangan ulat masih dapat dikawal hanya kutip dan
buang ulat dari daun. Minimakan penggunaan racun bagi mengurangkan kos. 2. Amalkan sanitasi ladang yang baik untuk mengelakkan tempat
pembiakan ulat. 3. Gunakan racun yang mempunyai bahan aktif seperti Emamectin Benzoate, Cyfluthrin, atau Permethrin (Racun sentuh) 4. Campurkan kegunaan racun sistemik dan racun sentuh untuk tindak
balas yang lebih baik dan cepat. |
KUPU-KUPU
KAWALAN DAN PENCEGAHAN |
|
Kupu-kupu dewasa yang
berwarna kelabu hitam dan mempunyai bintik-bintik berwarna hitam pada
sayapnya akan bertelur yang berwarna putih dan berbentuk bulat. Telur
yang terlekat pada daun akan menetas dan seterusnya menghasilkan larva
atau ulat ratus yang berukuran 38 mm panjang berwarna hijau, kelabu dan
coklat kehitaman. |
1.Gunakan lampu
ultra ungu untuk menarik perhatian kupu-kupu. Letakkan plastik jernih
di depan dan belakang bahagian lampu dengan menggunakan gam sebagai perangkap
kupu-kupu. |
LALAT PUTIH
SIMPTOM DAN KEROSAKAN |
KAWALAN DAN PENCEGAHAN |
Hijau kekuningan dan berbelak hijau tua dan
hijau muda membentuk corak mozek. Ini kerana lalat putih mengeluarkan
manisan putih. Daun juga akan merekot *Terjadi
apabila virus mozek memecahkan molekul kloroplas di dalam sel daun
menyebabkan warna daun luntur daripada hijau pekat atau hijau muda kepada
hijau kekuningan. Lalu, daun akan kehilangan kecekapan untuk proses
fotosintesis kerana kehilangan sel kloroplas ini. |
1.Gunakan racun serangga Albarol dan semburkan pada permukaan bawah
daun dimana terdapatnya lalat putih. Lalat putih akan melekat dan tidak
boleh terbang lagi. 2. Kaedahnya Arbarol 40ml untuk setiap 20L air tanpa
mecampurkannya dengan racun lain. 3. Buang pokok yang sudah terinfeksi dengan teruk. 4. Gunakan perangkap seperti plastik lutsinar dan perangkap
lekit berwarna kuning. 5. Amalkan sanitasi ladang yang baik dengan membuang
rumpai. |
HAMA
SIMPTOM DAN KEROSAKAN |
KAWALAN DAN PENCEGAHAN |
Daun menjadi
melengkung ke bawah dan merekot. menghisap
air sap atau cairan pada sel terlibat yang menyebabkan daun akan
berkerekot, bunga akan gugur dan pokok cili akan terbantut. *Serangan lebih kerap berlaku pada cuaca agak
panas kering dan juga lembab serta pokok yang kurang dibuat kawalan. |
1. Gunakan racun serangga AGR Abamectin untuk membunuh hama. 2. Kawalan diambil dengan serius apabila serangan semakin
meninggi dan teruk. |
ULAT PENGOREK
KAWALAN DAN PENCEGAHAN |
|
Buah akan menjadi rosak dan berlubang. Kesan
juga dapat dilihat pada batang pokok. Sekiranya ulat pengorek memasuki
bahagian batang pokok akan menjadi layu kerana nutrien dan air yang
cukup tidak dapat disalurkan ke pokok. |
1.Gunakan perangkap cahaya ultra ungu. 2.Petani mesti sentiasa membuat pemeriksaan
dikebun dan jika didapati kadar serangan melebihi 5% maka kawalan
perlu dijalankan. 3.Gunakan racun serangga yang mempunyai bahan
aktif Chlorphyrifos |