Mengenai PO
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) diberi tanggungjawab untuk mewujudkan Peladang Outlet (PO) di Pertubuhan Peladang (PP).
Operasi urusniaga adalah merupakan salah satu teras utama dalam pelaksanaan program dan aktiviti PP bersama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di peringkat kawasan dan daerah.
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang pemasaran hasil keluaran pertanian, operasi urusniaga adalah diperlukan bagi menyelesaikan apa-apa masalah pemasaran yang dihadapi oleh petani, penternak dan usahawan kecil industri asas tani.
Kelebihan & Faedah Berdaftar Sebagai Ahli PO
- Peranan Pusat Pengumpulan adalah untuk membantu petani memasarkan dan menjual sendiri produk mereka terus kepada pengguna.
- Menyediakan perkhidmatan kutipan hasil-hasil pertanian terus dari ladang atau kampung-kampung dengan menggunakan pengangkutan PPK.
- Ianya akan membantu mengurangkan penglibatan orang tengah yang menguasai 10 - 30% pulangan ke atas setiap ringgit dan menjamin kecukupan bekalan dan pengedaran agromakanan.
- Meluaskan pasaran ke Hypermarket.
- Bertanggungjawab dalam bidang pemasaran hasil keluaran pertanian bagi menyelesaikan apa-apa masalah pemasaran yang dihadapi oleh petani, penternak, nelayan dan usahawan kecil industri asas tani.