Penyakit Tanaman Cili
Cili Merah
Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat

KULAT

 

Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

-Punca yang menyebabkan kulat ialah buah kekurang boron dan kalsium.

-Bintik-bintik pada daun, kelihatan seperti bintik-bintik kuning

-Bintik- bintik kehitaman pada batang

-Batang kelihatan seperti mati dan berspora

 

-Buang dahan atau buah yang dijangkiti.

-Kemudian, Sembur racun mancozeb atau Cooperhydrochide pada pokok.

 

 

LECUH ANAK BENIH

Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

-Phytium sp (kulat)

-Anak benih layu.

-Anak benih patah dan akhirnya menjadi kering.

-Pokok kering dibahagian pangkal batang dan bertukar hitam.

 

- Guna biji benih berkualiti.

-Amalkan sembur previcur 840 sebelum pindah masuk polybag.

-Jangan siram berlebihan.



LAYU BAKTERIA


Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

-Phytium sp (kulat)

-Pokok terbantut

-Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati.

 

 

Nota: akar atau batang akan mengeluarkan cecair putih jika direndam dalam air.

 

 -Cabut dan bakar pokok berpenyakit.

Sistem saliran perlu dibaiki.


HAWAR PUCUK


Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

-Choanephora cucurbitarium (kulat)

- Pucuk reput dan lembap.

- Pucuk berwarna hitam.

- Kadangkala kulat tumbuh seperti bulu.

- Jika jangkitan teruk, kulat akan merebak ke seluruh pucuk dan seterusnya ke seluruh pokok.

 

-Buang dahan yang terkena penyakit dan sembur dengan racun kulat.

 

Nota: Boleh pulih tetapi lambat

i. spray spinox8 3hari berturut2 sebelum 9am

ii. pH media pastikan dibawah pH6

iii. Standby foliar TE+Mg utk proses kembalikan klorofil daun.

 


ANTRAKNOS


Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

Colletotrichum capsici (kulat)

- Bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili.

-Bintik-bintik nekrotik pada daun.

-Buang semua buah yang berpenyakit,tapi jangan buang dalam kebun kerana penyakit ni berjangkit melalui spora.

-Spray cooperhydrochide 3 hari berturut-turut.

 


KERINTING


Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

-Virus lalat putih

- kekurangan nutrien.

- Hangus dan diputarbelitkan

-Kelihatan melengkung ke atas dan ke bawah seperti gagal mengembang sepenuhnya.

- Cabut dan buang adalah lebih baik daripada merawatnya.

-Jika air kolam digunakan, naikan pH guna potassium bicarbonate. Jadi kandungan potassium dalam air baja akan lebih sikit.

- Maintain 5.5-6.5Ph.

 

  

MOZEK VIRUS


Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

- Lalat putih

- Afid

 

-Hijau tua sepanjang urat daun dan warna hijau muda antara urat daun. Simptom dibawa oleh kutu daun (afid).

-Gabungan bintik-bintik berbagai warna.

-Bintik bergelang berwarna kuning.

-Gabungan bintik-bintik berbagai warna, daun berkerekot dan daun melengkung samada ke atas atau ke bawah. Virus ini disebar oleh lalat putih.

 

-Buang dan bakar pokok yang diserang virus dan gantikan dengan pokok baru.

-Racun perlu ditukar-tukar. kalau boleh amalkan tanamam bergilir setiap 2-3 minggu supaya immunisasi makhluk serangga dan perosak jadi lemah

 

 

Nota: jika pokok masih kecil ia masih boleh di selamatkan dengan membuang bahagian yang dijangkiti

 

 

BER (Blossom end rot)


Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

-Kekurangan kalsium

-Reput hujung buah

- Kulit buah tiada ketahanan.

- Apabila pokok sudah berumur 3 minggu dan sudah berbuah, pokok boleh disembur dengan calcium boron seminggu sekali. Dan bila buah dah mula banyak boleh juga menyembur 2 kali seminggu bila pokok dah 1 bulan setengah dan ke atas.


Nota : kebiasaannya bila buah merah dan mula dipetik, masalah BER sudah tidak berlaku lagi kerana buah sudah berkurangan dan EC baja kekal tinggi 3.0 .

 

 

KETUMBUHAN DAUN ( leaf galls)


Agent / punca

Simptom

   Kawalan penyakit

Hamama

-Benjolan  kecil atau tonjolan pada daun

-Permukaan daun menggerutu

- warna ketumbuhan kelihatan hijau muda atau kekuningan


-Sembur racun yang mempunyai perawis aktif Abamectin.



Tag: kulat lecuh anak benih hawar pucuk layu bakteria antraknos kerinting mozek virus BER ketumbuhan daun

Isu-isu Dari Pengusaha

Tiada isu dari pengusaha